suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup berbelanja lebih RM17,000 untuk topeng muka bersalut emas - “Ramai ajak berswafoto”

Ahli perniagaan itu memakai topeng muka bersalut emas yang ditempah khas.

SEORANG ahli perniagaan membelanjakan sebanyak RM17,159 untuk topeng muka diperbuat daripada emas yang ditempah khas bagi mengelak dijangkiti Covid-19.

Shankar Kurade dari Pune, barat India berkata idea itu tercetus selepas melihat laporan media seorang lelaki memakai topeng emas diperbuat daripada perak.

Lelaki berusia 49 tahun itu membuat tempahan khas topeng muka seberat 60 gram itu dari sebuah kedai emas.

"Pemilik kedai emas itu berkata dia boleh menyiapkan tempahan tersebut dalam tempoh lapan hari, ” katanya.

Topeng muka berbentuk cakera itu diikat dengan dua jalur elastik supaya Shankar dapat menyangkutkannya di telinga.

Terdapat lubang kecil yang ditebuk pada topeng muka bersalut emas itu bagi membolehkannya bernafas.

"Ramai mahu berswafoto dengan saya. Mereka terkejut melihat saya memakai topeng muka bersalut emas ketika di pasar," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain