suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto kelawar bersaiz 'manusia' gemparkan netizen

Gambar kelawar bersaiz gergasi itu menjadi tular di media sosial.

SEEKOR kelawar bersaiz gergasi mengejutkan orang ramai selepas sekeping gambar memaparkan haiwan tersebut tular di media sosial.

Gambar tersebut yang dipercayai dirakam di Filipina mendapat 300,000 tanda suka di Twitter.

Pengguna yang berkongsi gambar tersebut mendedahkan kelawar bersaiz manusia itu berasal dari negara kepulauan Asia itu dan mempunyai lebar sayap berukuran 1.7 meter.

"Ingat tak semasa saya beritahu kamu mengenai kelawar bersaiz manusia di FIlipina? Ya, inilah yang saya katakan.

"Walaupun bersaiz gergasi, kelawar ini makan buah dan juga sayur-sayuran," kata pengguna Twitter tersebut.

Dia turut terkejut apabila gambar perkongsiannya itu tiba-tiba mendapat perhatian netizen.

Namun katanya, dia tidak berniat untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Alamak adakah kelawar itu bersaiz manusia? Saya akan tinggalkan negara itu jika hidup dikeliling haiwan tersebut," kata seorang netizen. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kelawar, Filipina, gergasi

Artikel Lain