suria

Presiden Brazil positif Covid-19 selepas gelar wabak tersebut sebagai ‘selesema kecil’

Bolsonaro sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memperkecilkan risiko virus itu dengan menggelarnya 'selesema kecil'. Foto: Reuters

PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mengumumkan beliau disahkan positif Covid-19.

Bolsonaro membuat pengumuman itu dalam satu wawancara televisyen pada Selasa.

Bagaimanapun pemimpin itu memaklumkan dirinya 'dalam keadaan baik' dan hanya memiliki gejala ringan.

Bolsonaro mendedahkan bahawa dia mula mengalami gejala pada Ahad iaitu mencatatkan suhu badan yang tinggi, batuk dan merasa tidak sihat.

Ujar Bolsonaro, ekoran merasakan keadaannya lebih teruk, keadaan itu mendorongnya untuk melakukan ujian Covid-19 pada Isnin.

Pemimpin berusia 65 tahun itu tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi kerana usianya.

Bolsonaro sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memperkecilkan risiko virus itu dengan menggelarnya 'selesema kecil'.

Sehingga kini Covid-19 sudah meragut 65,000 nyawa di Brazil dan menjangkiti 1.6 juta orang. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain