suria

Nenek 90 tahun ‘kantoi’ lumur najis pada buaian kanak-kanak di taman permainan

Warga emas ini didakwa cuba memukul saksi dengan penyodok setelah perbuatannya ditegur.

LAIN orang lain ragamnya.

Jika indvidu seusianya mungkin sibuk bermain dengan cucu, namun lain pula ceritanya melibatkan wanita warga emas ini.

Berusia 90 tahun, dia dirakam oleh penduduk di Gatchina, Rusia sewaktu sedang melumur najis pada buaian kanak-kanak di taman permainan.

Kata saksi, wanita itu membawa najis di dalam beg plastik sebelum dia melakukan perbuatan menjijikkan itu.

Menurut laporan, warga emas itu juga didakwa cuba memukul penduduk setempat dengan penyodok setelah perbuatannya ditegur.

Laporan polis telah dibuat namun kata pihak berkuasa, kes itu perlu diselesaikan oleh pekerja sosial.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya yang berlaku.

Di Belfast pada 2015, seorang kanak-kanak turut dilumur dengan najis sewaktu bermain di sebuah taman permainan. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rusia, najis, taman permainan, nenek

Artikel Lain