suria

Kayuh basikal 24 km ke sekolah, petani bersyukur anak gadis cemerlang dalam peperiksaan

Roshni Bhadouriya bersama bapanya, Purushottam Bhadouriya.

PENAT lelah seorang pelajar perempuan mengayuh basikal ke sekolah setiap hari akhirnya membuahkan hasil.

Roshni Bhadouriya, 15, dari sebuah kampung di Bhind, India, terpaksa berulang alik sejauh 24 kilometer (km) demi mendapatkan ilmu.

Hasil penat lelah itu, dia baru-baru ini menerima markah 98.5 peratus dalam satu peperiksaan di sekolahnya.

Antara cabaran dihadapi termasuklah gagal pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan kerana banjir yang melanda.

Dedah gadis itu, ada kalanya dia terpaska menumpang rumah saudara kerana tidak sempat pulang ke rumahnya.

Bapa gadis itu, Purushottam Bhadouriya, seorang petani berusia 36 tahun mengakui cukup bangga dengan pencapaian anaknya.

"Semua anak saya pelajar yang bagus. Tapi dia membuatkan semua orang bangga.

"Tiada siapa dalam keluarga kami pernah dapat markah bagus seperti ini," ujar lelaki itu.

Harapnya, gadis itu akan menyambung pengajian ke universiti dan mampu bekerja di firma besar suatu hari nanti. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain