suria

Disangka makhluk asing warna merah, Nasa dedah foto fenomena cahaya ganjil di ruang udara Perancis

Foto ini dirakam oleh seorang jurufoto pada 26 Jun sebelum dikongsi oleh Nasa pada Sabtu lalu.

PENRADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mendedahkan foto fenomena cahaya ganjil yang dirakam di Perancis.

Dirakam oleh jurufoto Stephane Vetter, ia dikongsi semula oleh Nasa pada Sabtu lalu.

"Satu video sensitif di puncak gunung Vosges, Perancis dirakam memaparkan percikan cahaya seperti bunga api pada 26 Jun.

"Dijana oleh ribut yang kuat, ia terletak pada jarak 260 kilometer dan percikan cahaya merah itu dikenali sebagai red sprites," kata Nasa.

Tambah Nasa, red sprites merupakan discaj eletrikal yang berlaku di atas awan sewaktu ribut petir.

Kelihatan seolah-olah terbang di langit, imej itu turut disamakan seperti makhluk asing berwarna merah. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nasa, makhluk asing, Perancis

Artikel Lain