suria

Pesakit Covid-19 alami halusinasi, ramai harap mereka pergi buat selama-lamanya selepas sedar dari koma

Pesakit Covid-19 akan mengalami halusinasi selepas disahkan positif jangkitan tersebut.

SEORANG doktor merawat pesakit Covid-19 mendedahkan mangsa yang sedar daripada koma berharap mereka sudah meninggal dunia.

Pesakit yang kritikal mengalami halusinasi menyebabkan trauma fizikal dan mental yang amat dahsyat.

Dr Zudin Puthucheary, seorang perunding yang berpangkalan di London berkata mangsa yang terselamat berdepan proses pemulihan dalam jangka masa panjang dan menyakitkan.

Ketika dalam koma, pesakit bergelut dengan halusinasi sehingga mereka bingung.

Penyakit ini bukan sahaja sukar diatasi tetapi ubat yang kuat diperlukan untuk merawat mereka, menjadikan proses pemulihan lebih sukar.

"Segelintir orang akan dapat mengatakan dalam dua hingga tiga tahun mereka gembira dapat meneruskan kehidupan.

"Ada segelintir pula berkata mereka lebih suka mati, ini bergantung kepada apa yang dianggap sebagai kualiti hidup yang baik," katanya.

Jelas Dr Puthucheary, beberapa pesakit berada dalam koma selama 10 hari boleh mengambil masa selama berbulan-bulan untuk pulih di hospital.

Selepas meninggalkan hospital, mereka masih memerlukan pemulihan intensif selama satu hingga lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

koma, halusinasi, Covid-19

Artikel Lain