suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rai pelanggan selepas ‘lockdown’... Costa UK beri makanan, minuman percuma

Costa UK meraikan pelanggannya dengan menawarkan makanan dan minuman percuma.

BAGI meraikan perintah berkurung (lockdown) yang mula diberi kelonggaran, Costa menawarkan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai sebagai satu cara untuk meraih kembali pelanggannya.

Mulai Isnin, pelanggan boleh mendapatkan minuman pilihan mereka di lebih daripada 2,000 outlet kedai kopi berkenaan yang dibuka semula di seluruh UK.

Untuk mendapatkan minuman percuma, pelanggan perlu mendaftar dengan aplikasi mudah alih Costa Coffee Club di mana tawaran itu diberikan untuk pelanggan baru dan sedia ada.

Pengarah urusan Costa Coffee UK&Ireland, Neil Lake berkata: "Kami sangat terharu dengan maklum balas positif daripada para pelanggan ketika kami mula membuka kembali kedai kopi.

"Memandangkan berjaya dengan sasaran pembukaan semula kedai di lebih 2,000 outlet pada akhir bulan Julai, kami gembira dapat memberi sesuati kepada peminat Costa Coffee.

"Untuk memastikan pelanggan dan kakitangan kami selamat, kami telah memperkenalkan beberapa langkah baru di seluruh outlet dan dalam masa yang sama menyediakan persekitaran yang pelanggan rindui," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Costa, kopi, UK, percuma, lockdown

Artikel Lain