suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbulan terpisah kerana ‘lockdown’, gelagat comel dua sahabat baik bertemu pertama kali bikin hati netizen cair

Kedua-dua kanak-kanak ini menjadi sahabat baik sejak bertemu di pusat asuhan dua tahun lalu. Foto: Virla Hog

GELAGAT comel sepasang sahabat cilik yang berpelukan ketika bertemu selepas beberapa bulan 'terpisah' gara-gara perintah berkurung (lockdown), mencuri perhatian netizen.

Video tersebut dirakamkan oleh ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan.

Riak wajah dan reaksi kedua-dua sahabat baik itu yang langsung tidak menduga akan bertemu, begitu mencairkan hati netizen.

Menerusi video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berlari sebaik sahaja terperasan kelibat wajah antara satu sama lain.

Mereka lantas berpelukan dan melompat kegembiraan sambil diperhatikan oleh ibu masing-masing.

Kedua-duanya yang berusia tiga tahun dan berasal dari New York, menjadi sahabat baik sejak bertemu di pusat jagaan dua tahun lalu. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

sahabat cilik, lockdown, peluk, comel, netizen

Artikel Lain