suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang selera, pasangan terkejut jumpa gigi manusia dalam juadah yang dibeli

Gigi yang ditemui dalam hidangan itu. FOTO: tephanie McDonough / SWNS.

PASANGAN David Burrows dan Stepahnie McDonough terkejut menemui sebatang gigi dalam hidangan yang dibeli mereka.

Menurut pasangan itu, juadah berkenaan dibeli di sebuah restoran sebelum dibawa pulang ke rumah.

Sewaktu menjamah hidangan berkenaan, selera mereka terbantut apabila menemui sebatang gigi.

Selepas membuat laporan, restoran yang terletak di Worcester, England itu telah diserbu pihak berkuasa.

Menurut pengurus premis, semua kakitangan diperiksa dan tidak ada seorang pun yang kehilangan gigi.

"Kami tak tahu dari mana ia datang. Malah, semua kakitangan kami ada gigi lengkap dan sanggup jalani DNA jika perlu.

"Pemeriksaan ini membuktikan tiada masalah kebersihan di restoran kami," ujar pengurus itu lagi.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca kejadian itu.

Malah, pasangan itu turut ditawarkan semula wang pembayaran mereka serta makanan percuma.

Mereka kemudiannya hanya menerima harga makanan yang dibayar dalam kejadian itu. - Daily Star.

gigi, juadah, selera, restoran

Artikel Lain