Tikam jemaah masjid, seorang lelaki ditahan - Dunia | mStar

Tikam jemaah masjid, seorang lelaki ditahan

Suspek sudah ditahan polis.

SEORANG lelaki ditahan selepas menikam jemaah masjid dalam kejadian di ibu kota London, kata Polis Metropolitan pada Khamis.

Menurut agensi berita Xinhua, polis dimaklumkan mengenai kejadian di masjid dekat Regents Park, London itu kira-kira  3.10 petang (1510 GMT).

Seorang lelaki, berusia 70-an ditemui cedera namun, keadaannya dilaporkan stabil, kata Polis Metropolitan di Twitter.

Polis masih menjalankan siasatan dan percaya kejadian tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. 

"Saya sedih dengan insiden serangan itu, kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku, terutamanya di tempat ibadat. Semoga mangsa yang terlibat berada dalam keadaan baik," kata Perdana Menteri Britain Boris Johnson di Twitter sejurus selepas kejadian. 

Menurut media tempatan, penyerang sering mengunjungi masjid itu. Dia menikam leher mangsa ketika mangsa berada dalam masjid. 

Menurut pejabat perangkaan Britain, sebanyak 15,080 kes serangan membabitkan senjata pisau direkodkan di London untuk tempoh 12 bulan hingga akhir September lalu. - BERNAMA

tikam , jemaah , masjid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saintis AS dakwa sudah temui vaksin Covid-19

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain