suria

Koronavirus: Gambar kesan kesakitan di wajah petugas perubatan gara-gara pakai topeng muka sepanjang masa tular

Kesan kesakitan di wajah pasukan paramedik akibat memakai topeng muka atau mulut sepanjang masa demi merawat pesakit.

BEBERAPA keping gambar menunjukkan wajah keletihan pasukan paramedik semasa merawat pesakit dijangkiti koronavirus di Wuhan, China.

Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan bekas kesakitan pada kulit akibat memakai topeng muka untuk melindungi diri daripada jangkitan berbahaya itu.

Media tempatan melaporkan petugas perubatan yang berpangkalan di Wuhan bekerja tanpa henti.

Kebanyakan mereka berkata terlalu letih sehingga tertidur di kerusi hospital atau di atas lantai sebelum memulakan syif baharu.

Pasukan perubatan terlalu sibuk, mereka juga tiada maasa untuk makan atau pergi ke tandas.

Sementara itu, mereka juga memakai topeng muka atau mulut untuk mengelak dijangkiti semasa merawat pesakit lain.

Pemakaian alat itu sepanjang masa meninggalkan bekas pada kulit muka dan badan mereka.

koronavirus, Wuhan, topeng muka, paramedik

Artikel Lain