Gempar misteri peranti Nasa tersangkut pukat nelayan - Dunia | mStar

Gempar misteri peranti Nasa tersangkut pukat nelayan

Peranti yang ditemui pada pukat seorang nelayan. Foto CEN/@darko.kunac

PENEMUAN peranti Pentadbir Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (Nasa) yang tersangkut dalam pukat seorang nelayan menimbulkan tanda tanya.

Keadaan itu mencetuskan panik dalam kalangan tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Darko Kunac 'menangkap' sebuah kotak oren misteri berhampiran kepulauan Elaphiti di Croatia.

Tentera Laut AS bimbang nelayan itu menuntut jutaan dolar untuk memulangkan peranti tersebut.

Selepas memuat naik gambar peranti itu di Facebook, dia menerima panggilan daripada pegawai kanan tentera laut AS.

Dia turut dipantau oleh kapal penyelidikan Tentera Laut AS, Bruce C. Heezen.

Pegawai tentera laut akhirnya membayar sebanyak AS$3,000 (RM12,230) kepada nelayan bagi memperbaiki pukatnya yang rosak.

Kotak yang turut disertakan pelampung itu bagaimanapun tidak mengandungi maklumat pemiliknya selain label penghantaran DHL.

Nombor tracking mendedahkan bahawa ia telah diposkan dari Pusat Angkasa Stennis Nasa di Mississippi.

Ia dihantar ke Jerman melalui Zagreb pada 20 November tahun lalu.

Seorang bekas pegawai Tentera Laut Croatia memberitahu Morski.hr: "Ini adalah sistem kedudukan dan navigasi bawah akustik HIPAP, yang mana hayat baterinya 16 hingga 102 hari, bergantung kepada mod transponder."

Jurucakap kerajaan Croatia berkata: "Kementerian Laut, Pengangkutan dan Infrastruktur telah mengeluarkan kelulusan bagi ujian peralatan dan peranti itu oleh kapal penyelidikan Bruce C. Heezen milik Tentera Laut Amerika Syarikat." - Daily Star

Nasa , tentera laut , pukat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain