suria

Kereta meletup ketika pemandu nyalakan rokok

Letupan mengakibatkan kerosakan pada kereta dan tingkat di bangunan berdekatan lokasi kejadian. Foto Ben Lack

SEORANG pemandu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan selepas keretanya meletup sebaik menyalakan rokok.

Letupan tersebut menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan terutama bahagian cermin pecah dalam satu kejadian yang berlaku di bandar Halifax, Kanada.

Polis berkata, letupan berlaku pada Sabtu semasa pemandu menggunakan tin aerosol penyegar udara untuk menyalakan rokok.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, polis berkata: "Dalam kejadian di Fountain Street, Halifax terpaksa ditutup berikutan letupan tin aerosol.

Menurut kenyataan itu lagi, pemilik kenderaan tersebut menggunakan penyegar udara tetapi tidak membuka tingkap sebelum menyalakan rokok.

"Ia kemudian meletup dan menyebabkan cermin pecah, termasuk beberapa tingkap di premis perniagaan berdekatan.

Pemandu berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan di mana kejadian itu boleh menyebabkan kesan lebih buruk.

"Orang ramai digesa untuk berhati-hari dan mengikut garis panduan semasa menggunakan tin penyegar udara," menurut pasukan keselamatan itu. - Metro

letupan, kereta, rokok

Artikel Lain