Dibuang ibu kandung sendiri kerana sindrom down, kehidupan bayi ini berubah selepas dijaga ayah angkat - Dunia | mStar

Dibuang ibu kandung sendiri kerana sindrom down, kehidupan bayi ini berubah selepas dijaga ayah angkat

Alba bersama ayah angkatnya, Luca.

SEORANG lelaki sanggup menjadikan seorang bayi perempuan yang menghidap sindrom down sebagai anak angkatnya selepas disisihkan ibu kandung sendiri.

Luca Trapanese dari Naples di Itali mengambil Alba sebagai anak angkat selepas dibuang ibu kandungnya 13 hari selepas dilahirkan kerana keadaannya itu.

Selepas ditinggalkan ibunya, Alba turut ditolak lebih 12 keluarga lain.

Sebaik sahaja Luka bertemu dengan Alba, dia bagaikan sudah mengetahui itulah anak perempuannya.

Pada Julai 2017, dia diberi hak penjagaan terhadap Alba dan kehidupan kanak-kanak istimewa itu kini berubah.

Alba dijaga Luca ketika dia berusia 13 hari.

"Sejak saya berusia 14 tahun saya sering melakukan kerja sukarelawan membantu orang kelainan upaya, jadi saya ada pengalaman dengan perkara ini.

"Bila saya pertama kali mendukungnya, saya amat gembira. Saya rasakan dialah anak perempuan saya.

"Ia adalah kali pertama saya memegang bayi. Sebelum ini saya sentiasa takut. Tetapi dengan Alba saya tahu saya sudah bersedia menjadi bapa," katanya.

Luca kini berkongsi kisah membesarkan Alba di Instagram dan tindakan itu mendapat pujian ramai lebih 130,000 pengikutnya di media sosial itu. - Mirror.co.uk

sindrom down , anak angkat

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain