Kerat kemaluan teman lelaki dengan gunting pokok, akauntan dipenjara 13 tahun - Dunia | mStar

Kerat kemaluan teman lelaki dengan gunting pokok, akauntan dipenjara 13 tahun

Sergio Fernandez selepas serangan. -foto CEN/Metro UK

SEORANG wanita telah menjalani hukuman penjara hampir dua tahun selepas dia memotong alat sulit teman lelakinya semasa melakukan hubungan seks atas alasan lelaki itu berkongsi pita aksi seks mereka berdua dengan rakan-rakannya.

Brenda Barattini, 28, didapati bersalah atas cubaan membunuh Sergio Fernandez, 42, dan dijatuhi hukuman 13 tahun penjara.

Akauntan itu mengaku telah merancang serangan tersebut pada 25 November 2017, tetapi berkata dia tidak bermaksud untuk membunuh bekas kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang video intim tersebar, wanita potong kemaluan teman lelaki dengan gunting

Perbicaraannya di Cordoba, Argentina, mendengar bagaimana Barattini memotong 90 peratus bahagian zakar Sergio, seorang pemuzik dengan gunting pokok selepas melakukan aksi seks terhadapnya.

Barattini memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya kerana dia telah berkongsi gambar-gambar dan video-video seks mereka sambil mendakwa lelaki itu memperlakukannya seperti 'trofi'.

Barisan juri yang terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita diberitahu: "Ia melanggar privasi, kehidupan dan karier saya."

Mangsa berkata Barattini menyerangnya setelah menutup matanya.

Brenda Barattini ketika perbicaraan di Cordoba, Argentina. -foto AFP/Getty

Dia memberitahu mahkamah: "Selepas dia menutup mata, dia suruh saya teka di mana dia menyentuh saya. Dia juga mahu ikat saya tapi saya tak benarkan.

"Dia mula melakukan seks oral kepada saya. Saya tiba-tiba merasakan sesuatu. Dia mahu membunuh saya pada saat itu."

Selepas ditangkap, Barattini pada mulanya mendakwa dia mempertahankan dirinya daripada serangan seksual oleh Sergio.

Dia kemudian mengubah cerita dan mengaku melakukan serangan sebagai balas dendam.

Sergio diselamatkan oleh jiran-jiran dan koma lapan hari.

Dua tahun kemudian, dia mendapati zakar dan buah zakarnya 'berbeza' dan dia masih mengalami serangan panik dan insomnia.

Dia mempunyai 'ketakutan berterusan' bahawa wanita mahu membunuhnya semasa seks, mahkamah mendengar.

Juri sebulat suara memutuskan Barattini bersalah sebelum tiga hakim memutuskan hukuman akhir.

Dia dijangka akan membuat rayuan, dengan peguam bela Lucas de Olmos mendakwa keputusan itu 'belum pernah didengar' di Argentina.

Peguam itu berkata: "Tiada siapa yang pernah disabitkan atas cubaan membunuh di negara ini kerana kecederaan zakar." -MetroUK

bunuh , potong , kemaluan , jenayah , mahkamah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain