suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua kantoi seludup sperma babi jantan dalam botol syampu

DUA penternak berpangkalan di Australia dihukum penjara selepas menyeludup cecair sperma babi jantan di dalam botol syampu untuk mengelak ditangkap Jabatan Kastam.

Namun kegiatan Torben Soerensen dan Henning Laue terbongkar apabila mereka ditahan ketika cuba menyeludup bahan terlarang itu di dalam bagasi mereka.

Mereka bercadang menggunakan cecair itu untuk membuntingkan babi betina peliharaan mereka di Pinjarra yang terletak di Barat Australia, lapor ABC Australia.

Mahkamah diberitahu kegiatan itu dilakukan secara haram antara 2009 dan 2017 sebelum terbongkar atas maklumat orang awam.

Soerensen dan Laue mengaku bersalah kerana melanggar undang-undang biosekuriti dan undang-undang kuarantin.

Soerensen yang juga pemilik syarikat GD Pork Torben Soerensen dan juga Laue masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga dan dua tahun oleh Mahkamah Daerah Perth.

Dalam pada itu, syarikat Soerensen pula didenda 278,850 pound sterling tetapi dilanda krisis kebankrapan ketika ini. - Metro.co.uk

sperma babi, seludup, botol syampu

Artikel Lain