suria

Tulang paha dinosaur dipercayai paling besar di dunia akhirnya ditemui

Tulang paha yang ditemui di Charente, Perancis. FOTO: AFP.

PEMBURU dinosaur akhirnya menemui tulang paha bersaiz 6.5 kaki, dipercayai milik makhluk gergasi itu di Perancis.

Ia ditemui selepas cari gali dilakukan di kawasan Charente, dianggarkan berusia 140 juta tahun.

Charente merupakan 'hotspot' yang mana ahli paleontologi sudah menemui 7,500 tulang di kawasan itu sejak 2010.

Tulang yang ditemui itu disahkan seberat 500 kilogram, lebih berat berbanding purata berat rumah moden.

Pakar percaya ia merupakan tulang saurapod, salah satu spesis dinosaur terbesar di dunia. - The Sun.

dinosaur, tulang paha, Perancis

Artikel Lain