suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berambut palsu didakwa bunuh 2 mafia Israel dalam restoran dipenuhi pelanggan

kejadian berlaku di sebuah restoran Cina di Mexico. FOTO: REUTERS.

SEORANG wanita berambut palsu disyakki membunuh dua individu yang dipercayai sebagai mafia Israel.

Alon Azulay, 41, dan Benjamin Yeshurun Sutchi, 44, ditembak mati dalam restoran Cina di sebuah bandar di Mexico yang sedang dipenuhi pelanggan.

Suspek wanita itu sudah ditahan pihak berkuasa pada Rabu lalu sewaktu dia cuba melarikan diri.

Polis kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian yang dikatakan kedengaran seperti plot rancangan televisyen Killing Eve.

Suspek yang dikenali sebagai Esperanza N, 33, dipercayai mempunyai tiga rakan subahat.

Kedutaan Israel di Mexico mengesahkan kematian dua individu tersebut yang juga rakyat negaranya. - Daily Star.

 

rambut palsu, mafia Israel, bunuh, tembak

Artikel Lain