suria

'Dilarang lihat Archie, sentuh anjing' ... jiran anggap arahan Putera Harry, Meghan luar biasa

Putera Harry dan Meghan memilih tidak mendedahkan kehidupan mereka kepada umum.

JIRAN-jiran Putera Harry dan Meghan Markle tidak dibenarkan untuk melihat Archie dan menyentuh anjing peliharaan pasangan diraja itu.

Mereka yang tinggal berhampiran dengan Frogmore Cottage di Windsor telah diberikan senarai arahan untuk dipatuhi dalam mesyuarat penduduk baru-baru ini.

Perkara yang dilarang termasuk memulakan perbualan dengan pasangan diraja itu, menawarkan untuk menjaga Archie atau menghantar surat di peti surat kediaman mereka.

Walaupun salah seekor anjing peliharaan Duke dan Duchess itu mendekati orang awam, mereka tidak dibenarkan menyentuh haiwan itu.

Penduduk sekitarnya turut diperintah untuk mematuhi arahan tersebut.

Saat ketika Archie diperkenalkan kepada dunia.

Salah seorang penduduk berkata:"Ia amat luar biasa. Kami tidak pernah terdengar apa-apa seperti itu. Semua yang tinggal di kawasan ini tahu bagaimana untuk menghormati kerabat diraja.

"Kami juga tidak diberitahu bagaimana cara semasa pertemuan dengan Ratu. Dia amat gembira untuk bertemu dengan orang ramai," katanya.

Meghan dan Harry menyambut kelahiran bayi sulung mereka Archie Harrison pada 6 Mei lalu.

Mereka juga memiliki dua ekor anjing diberi nama Guy dan Labrador yang diselamatkan Meghan dan tinggal bersama mereka pada September lalu.

Kira-kira 400 penduduk tinggal di kawasan kediaman Home Park dan Great Park sekitar Windsor yang dikendalikan Crown Estate.

Penduduknya terdiri daripada kakitangan diraja dan pekerja Crown Estates. - Metro.co.uk

Artikel Lain