Wanita disahkan buta selepas tinggalkan kanta lekap dalam bilik mandi - Dunia | mStar

Wanita disahkan buta selepas tinggalkan kanta lekap dalam bilik mandi

Keadaan mata mangsa yang terkena jangkitan. FOTO: The New England Journal of Medicine / PA LIFESTYLE.

SEORANG wanita British buta selepas mata kirinya terkena jangkitan akibat menggunakan kanta lekap.

Ia berlaku disebabkan tindakan wanita berusia 41 tahun itu yang meninggalkan kanta lekap berkenaan di dalam bilik mandi.

Kata mangsa, dia mengalami kesakitan, kabur pandangan dan silau pada mata kirinya dalam tempoh dua bulan.

Diagnos membuktikan dia terkena Acanthamoeba Keratitis, sejenis jangkitan yang berisiko terhadap penglihatan yang mana ia biasanya berlaku terhadap pengguna kanta lekap.

Kanta lekap berisiko meninggalkan torehan kecil dalam mata sekaligus memudahkan berlakunya jangkitan. - Daily Star.

 

kanta lekap , buta , jangkitan mata

Artikel Lain