Penjawat awam dipecat selepas gambar bogel tular - Dunia | mStar

Penjawat awam dipecat selepas gambar bogel tular

Anna dipecat majikannya selepas gambar bogelnya tersebar.

SEORANG kakitangan awam dipecat selepas gambar bogel yang diambil semasa sesi penggambarannya untuk sebuah majalah lucah tular di media sosial.

Anna Anufrieva, 27, menjadi tajuk utama di dada akhbar di Rusia selepas beberapa keping gambar aksi ghairahnya tanpa memakai sebarang pakaian tersebar.

Gambar itu diambil semasa sesi penggambaran untuk peserta sebuah pertandingan majalah Playboy.

Dalam profilenya, Anna mendedahkan dirinya sebagai penjawat awam.

Gambar itu dipercayai diambil untuk sebuah pertandingan anjuran majalah Playboy.

Media Rusia melaporkan gadis itu yang berasal dari Tyumen, Siberia telah berhenti menjalankan tugasnya.

"Saya membuat keputusan untuk berhenti. Agak tidak beretika untuk membincangkan mengapa. Saya hormati majikan saya dan tidak mahu bercakap mengenai perkara itu," kata Anna.

Dalam profilenya juga, Anna berkata dia amat meminati muzik, suka membaca buku dan sajak serta aktif bersukan.

Malah Anna juga memasang impian untuk berhijrah ke Eropah. - Dailystar.co.uk

bogel , Playboy , majalah lucah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu