suria

Kemalangan atas kepala! Influencer botak, semua rambut gugur ketika buat 'live streaming'

Rambut Faith gugur ketika dia meratakan 'relaxer' pada rambutnya yang baru dilunturkan,

INGAT lagi dengan budak perempuan yang cuba menggulung rambutnya tetapi akhirnya terbakar? Bayangkan berlaku ‘kemalangan’ pada kepala anda dan bayangkan sekali ia berlaku ketika anda sedang buat ‘live streaming’.

Itulah yang berlaku kepada influencer Lori Faith ketika dia cuba menunjukkan bagaimana dia merawat rambutnya di Instagram secara langsung.

Bintang itu terkenal dengan gaya dan fesyen rambut beraninya dan sering membuat video mewarnakan rambut.

Baru-baru ini Faith memutuskan untuk mencuba rambut lurus untuk seketika, jadi seperti biasa dia merakamkan semuanya.

Dia memakai ‘relaxer’ untuk rambutnya yang baru dilunturkan dan menyikatnya, tetapi selepas itu rambutnya melekat di sikat. Mimpi ngeri setiap orang!

Video itu dihentikan sebelum anda dapat melihat apa yang berlaku seterusnya, tetapi difahamkan semua rambutnya gugur.

Dia meneruskan baki penstriman videonya di bilik mandi dengan berkepala botak dan menyiarkan segala-galanya di YouTube.

Campuran bahan kimia yang ‘kuat’ adalah terlalu banyak untuk rambutnya yang sudah tidak sihat, jadi ia gugur kesemuanya.

“Ramai dah beri amaran kepada saya, jangan pakai relaxer pada rambut yang dilunturkan, tunggu beberapa minggu," katanya dalam video itu.

“Saya tak boleh sabar, jadi saya buat sekarang.”

Tetapi jangan risau, dia mampu membawa imej botak! -seventeen

influencer, gugur, rambut, Lori Faith, peluntur

Artikel Berkaitan

Artikel Lain