suria

Bengang suami kahwin lain, wanita mengamuk ganggu jemaah, lepaskan anjing berkeliaran dalam masjid

Paparan skrin video tular.

TULAR sebuah video seorang wanita mengamuk dan membawa seekor anjing masuk ke dalam masjid.

Video yang dimuat naik di akaun Twitter @OppositeNewsID pada Ahad menunjukkan seorang wanita berbaju putih dan berseluar hitam sedang menggendong seekor anjing masuk ke dalam masjid di Bogor, Indonesia.

Dalam video berdurasi sekitar satu minit itu, wanita berkenaan juga dilihat bercakap dengan dua lelaki dalam suasana tegang.

Dia menyebut tentang suaminya yang memeluk Islam dan dinikahkan di masjid tersebut.

Wanita berkenaan kemudian memberitahu agamanya dan meletakkan anjingnya di atas permaidani masjid.

Tersentak melihat tindakannya, kedua-dua lelaki berkenaan bertanya kenapa dia bertindak sedemikian.

"Saya Katolik," kata wanita itu dalam rakaman video yang tersebar.

Sebaik sahaja mendengar pengakuan wanita tersebut yang melepas dan membiarkan anjingnya berkeliaran di dalam masjid, seorang lelaki terus menyuruh wanita berkenaan keluar dari rumah ibadat itu.

Wanita itu memberontak dan mengamuk. Malah, dia juga masuk ke masjid tanpa menanggalkan kasut.

"Suami saya dinikahkan di sini," kata wanita tersebut.

Para jemaah yang ada di dalam masjid mengusir anjing yang sengaja dilepaskan wanita berkenaan.

"Usir anjingnya, anjing tak boleh masuk masjid," teriak seorang jemaah wanita.

Ketika ditanya, Ketua Polis Daerah Babakan Madang, Bogor Kompol Wawan Wahyudin mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di Masjid Al Munawaroh, Sentul City, Bogor sekitar jam 1 tengah hari Ahad.

Berdasarkan pemeriksaan awal, wanita tersebut dipercayai mengalami depresi kerana suaminya berkahwin lain. Bagaimanapun suami tidak mengaku telah berkahwin lain dan mendakwa isterinya mengalami gangguan jiwa.

"Berdasarkan keterangan, wanita ini mengalami depresi. Namun, pakar lebih berhak bercakap tentang ini.

"Ketika bertindak, dia bukan dalam keadaan sedar, dia sedang marah-marah," katanya sambil menambah siasatan masih dijalankan kerana keterangan daripada wanita itu tidak konsisten. -Viva

masjid, kahwin, anjing, mengamuk

Artikel Lain