suria

Ibu dera 15 anak, paksa lihat adegan 'rebus' anak anjing

Crouch ditahan pada Isnin lalu.

SEORANG ibu ditahan selepas didakwa mendera 15 anaknya termasuk memaksa mereka melihat adegan dia memasukkan haiwan peliharaan mereka ke dalam air mendidih.

Martha Crouch, 53, ditahan pada Isnin dan didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak dan menyeksa haiwan.

Suspek dipercayai memukul kesemua mangsa di kediaman mereka di Aztec, New Mexico.

Perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa anaknya yang sudah meningkat dewasa membuat laporan polis.

Salah seorang anak Crouch memberitahu polis bahawa penderaan itu amat teruk.

Suami Crouch, Timothy, 57, turut didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu.

Mahkamah diberitahu bahawa Crouch mengambil anak anjing peliharaan mereka dan meletakkan haiwan itu didalam periuk besar sebelum merebusnya.

Dia turut memaksa anak-anaknya itu melihat adegan kejam tersebut. - Metro.co.uk

Artikel Lain