suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh 'move on' putus cinta, lelaki pandu kereta rempuh pokok, "Saya mahu bunuh awak sekarang"

Chloe terpaksa terlantar di hospital untuk dirawat di bahagian tulang selangkanya akibat nahas yang disebabkan bekas teman lelakinya. Foto Chloe Wilson / SWNS

SEORANG lelaki yang tidak boleh menerima hakikat mengenai hubungannya bersama kekasih putus, lalu bertindak memandu di luar kawalan dengan merempuh sebatang pokok.

Ketika kejadian, dia sedang memandu kereta yang turut dinaiki bekas teman wanitanya.

Keengganan bekas kekasih memberi peluang kedua membuatkannya merempuh sebatang pokok, selepas memberitahu "saya mahu bunuh awak sekarang".

Mangsa, Chloe Wilson, 20, bernasib baik terselamat dalam kemalangan itu, namu mengalami kecederaan dan patah tulang.

Insiden berpunca daripada bekas teman lelakinya yang mabuk ketika itu, dua bulan selepas pasangan tersebut berpisah.

Ibu muda dari Mexborough, South Yorks dari England itu terpaksa terlantar di hospital selama enam hari kerana beberapa pin dan plat logam perlu dimasukkan ke dalam tulang selangkanya.

Chloe juga mengalami ligamen yang koyak pada kaki kirinya dan kini sedang menjalani pemulihan dan rawatan sehingga 18 bulan.

Menerusi pendakwaan di mahkamah, bekas teman lelakinya, Liam Elsom, 25, dari Greasbrough dekat Rotherham, South Yorks, mengaku bersalah mencederakan dengan niat, memandu secara berbahaya dan melakukan serangan. - Mirror UK

kekasih, teman wanita, teman lelaki, mabuk

Artikel Lain