suria

Budak 2 tahun terperangkap dalam mesin basuh

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam mesin basuh. Foto AsiaWire

SEORANG budak dua tahun terperangkap dalam mesin basuh selama beberapa jam.

Kanak-kanak perempuan itu memanjat ke dalam mesin basuh untuk bermain tetapi malangnya terperangkap di dalamnya.

Dalam kejadian di Chengdu, China pada 25 Jun lalu, ibu bapa mangsa cuba mengeluarkan anak mereka tetapi tidak berjaya.

Mereka menghubungi tukang baiki mesin basuh untuk membuka kelengkapan itu, tetapi mangsa masih tidak dapat dikeluarkan.

Ibu bapa mangsa kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan sebelum pasukan bomba tiba dan berjaya menyelamatkan anak perempuan mereka. - Mirror UK


bomba, mesin basuh

Artikel Lain