suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki menang wang AS$1 juta, tapi tak dapat dikesan

Cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah bernilai tinggi ini sememangnya ditunggu ramai.

SEORANG lelaki warganegara Kenya meraih AS$1 juta (RM4.13 juta)selepas dia diumumkan sebagai pemenang cabutan Dubai Duty Free terbaharu pada Selasa.

Paul Wachira menjadi warga Kenya pertama yang menyertai senarai cabutan Dubai Duty Free untuk bergelar jutawan selepas nombor tiketnya 2162 dalam Siri 302 dicabut.

Wachira, yang membeli tiket tersebut secara dalam talian bagaimanapun tidak tahu tentang betapa bertuah dirinya kerana dia tidak dapat dihubungi.

Susulan cabutan untuk Millennium Millionaire, tiga lagi pemenang juga diumumkan dalam promosi Dubai Duty Free Finest Surprise, dengan masing-masing memenangi sebuah kenderaan mewah.

Ekspatriat Dubai Ramlal Sargara memenangi Bentley Bentayga V8. Wrya Rahimi, juga seorang ekspatriat Dubai, memenangi Range Rover HSE 340 HP. Sandun Sameera, yang tinggal di Dubai, memenangi motosikal berkuasa tinggi Indian Scout Bobber. -Khaleej Times

cabutan, bertuah, jutawan

Artikel Lain