suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam pasangan kembar sampai mati selepas muat naik gambar bersama

Anna Ramirez meninggal dunia di hospital selepas ditikam pasangan kembarnya.

SEORANG wanita didakwa menikam pasangan kembar seirasnya sehingga mati selepas beberapa jam suspek memuat naik gambar mereka berparti bersama.

Amanda Ramirez, 27, ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan itu dengan menikam pasangan kembarnya, Anna Ramirez pada awal pagi Sabtu lalu.

Anna memuat naik gambarnya bersama Amanda, sepupu mereka dan seorang lelaki di halaman Facebook miliknya sebelum insiden itu.

Menerusi keterangan gambar terakhir itu, dia dilaporkan menulis: "Anda tahu auranya."

Terdahulu, polis dilaporkan menerima panggilan mengenai seorang wanita tidak sedarkan diri di sebuah apartment di Camden di New Jersey, Amerika Syarikat. 

Anna kemudian disahkan meninggal dunia di hospital. - Mirror UK

tikam, kembar

Artikel Lain