suria

Selepas 25 pembedahan akhirnya 'lelaki pokok' rela tangan dipotong, "Saya sudah tak tahan"

Selepas 25 pembedahan, 'lelaki pokok' masih menanggung kesakitan.

KESAKITAN dan penderitaan yang dialami mengakibatkan 'lelaki pokok' rela kedua-dua tangan dipotong.

Sejak 2016, Abul Bajandar, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang 'kulit kayu' pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital, Bangladesh.

Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun pemuda berusia 28 tahun itu kembali dimasukan ke hospital Januari lalu selepas keadannya bertambah buruk.

"Saya sudah tidak tahan. Setiap malam, saya tak dapat melelapkan mata.

"Saya minta doktor potong tangan saya bagi menghilangkan kesakitan dialami selama ini," katanya.

Keputusan Bajandar mendapat sokongan ibunya Amina Bibi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji untuk memberikan rawatan percuma untuk Bajandar selepas masalah dialaminya mengundang simpati di negara itu.

Dia diberikan kabin peribadi bersama isteri dan anak perempuannya selama hampir dua tahun ketika pusingan pertama rawatannya.

Difahamkan, lelaki tersebut menderita penyakit genetik jarang berlaku, epidermodysplasia verruciformis atau 'sindrom lelaki. -SinarHarian

lelaki pokok, Bangladesh