Youtuber terkenal Etika meninggal dunia, mahu dikebumikan di depan pejabat YouTube - Dunia | mStar

Youtuber terkenal Etika meninggal dunia, mahu dikebumikan di depan pejabat YouTube

Sebelum meninggal dunia, Etika pernah memberitahu lokasi pengebumian yang diinginkannya.

APABILA polis mengesahkan kematian YouTuber popular, Etika pada Selasa, sebuah video menunjukkan 'gamer' itu bercakap tentang tempat pengebumian yang diingininya muncul semula.

Di dalam video itu, dia mahu jasadnya disemadikan di luar ibu pejabat YouTube, dengan batu nisan tidak ditanda.

Sekarang peminat 'gamer' popular ini telah mengumpulkan komuniti dalam talian bagi memastikan hasratnya dapat dilaksanakan.

Awal minggu ini seorang pengguna Twitter berkongsi video lama Etika, atau nama sebenarnya Desmond Amofah yang bercakap tentang apa yang mungkin berlaku jika dia meninggal dunia.

"Sekiranya Etika sudah tiada, tugas kitalah untuk pastikan ini berlaku," kata seorang pengguna, sambil berkongsi klip itu.

Etika bercakap di kamera: "Saya mahu dikebumikan di ibu pejabat YouTube di LA. Letakkan saya di bahagian depan.

"Saya mahu batu nisan saya ditulis no b**ch n*****, itu saja, jangan letak nama saya di atasnya.

"Saya mahukan sebuah keranda perak dan ketika pengebumian satu-satunya lagu yang saya mahu dimainkan adalah Anime P *** y... jika anda semua boleh ingat ini," katanya.

Pada petang Selasa, Jabatan Polis New York mengesahkan berita sedih bahawa Youtuber berusia 29 tahun ini telah ditemui mati.

Polis mengesahkan kematian Etika dalam satu kenyataan di media sosial.

Polis bertindak kepada panggilan kecemasan pada 6.18 petang melaporkan terdapat mayat di dalam sungai dan polis mengesahkan lelaki itu mati di tempat kejadian.

"Dengan rasa sedih kami memaklumkan bahawa Desmond Amofah atau Etika telah ditemui mati," menurut kenyataan di media sosial.

Kali terakhir pemain video dilihat pada Rabu lepas, selepas dia menyiarkan video menyatakan pemikiran tentang bunuh diri.

Minggu ini sebuah telefon dan beg galas, dipercayai milik Etika, ditemui di sebuah jambatan di New York, bersama dengan lesen memandu YouTuber itu, berserta fon kepala, dompet dan permainan Nintendo Switch.

Seminggu lalu YouTuber yang mempunyai 239,000 pengikut di Instagram dan 314,0000 di Twitter itu menyiarkan video lapan minit yang membimbangkan, yang kemudian dipadamkan, meminta maaf kepada peminatnya.

Etika memulakan karier di Youtube pada 2012. Selama tujuh tahun dia banyak menumpukan kepada dunia 'gaming' terutama permainan konsol Nintendo Switch.

Dia memiliki 800,000 peminat setia.

Tahun lalu dia dikatakan mengalami tekanan jiwa dan beberapa kali digegaskan ke hospital kerana percubaan bunuh diri. -Metro UK

Youtuber , Etika , meninggal dunia , gamer , Nintendo

Artikel Berkaitan

Artikel Lain