Berang diajak berpisah, suami cekik isteri hingga mati - Dunia | mStar

Berang diajak berpisah, suami cekik isteri hingga mati

Strouse (kiri) didakwa membunuh isterinya, Susan (kanan).

SEORANG warga emas berusia 73 tahun bertindak membunuh isterinya gara-gara berang selepas diajak berpisah.

Ronald Strouse didakwa membunuh isterinya, Susan, 72, di kediaman mereka di Lake Wales, Florida, Selasa lalu.

Strouse menghubungi polis dan memberitahu dia bertengkar dengan isterinya.

Sebaik sahaja polis tiba, Susan ditemui sudah meninggal dunia.

Strouse memberitahu isterinya itu mahu berpisah dengannya dan mahu meninggalkan kediaman mereka.

Lelaki itu mendakwa isterinya itu enggan mendedahkan punca dia mahu menamatkan hubungan mereka.

Strouse mengaku mengheret Susan dan mencekiknya sehingga mati.

Mayat Susan ditemui terbaring di ruang tamu kediaman mereka.

"Ini adalah pembunuhan kejam. Kami tidak pasti mengapa Ronald Strouse membunuh isterinya yang hidup bersamanya selama 50 tahun.

"Namun kami yakin dia akan dikenakan hukuman setimpal di atas perbuatannya itu," kata jurucakap polis. - Metro.co.uk

cekik , bunuh , berpisah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain