suria

Polis lakar wajah pencuri dikehendaki seperti karakter Lego

(gambar kiri) Pernahkan anda melihat lelaki ini? Foto PA (Gambar kanan) Lakaran wajah individu dikehendaki polis seperti karakter Lego.

ORANG ramai dikejutkan dengan lakaran wajah individu yang dikehendaki polis kerana bentuk mukanya seperti karakter permainan Lego.

Selain itu, lakaran tersebut juga kelihatan seperti watak permainan video pada 1990an.

Bentuk muka yang dilakarkan itu ternyata pelik kerana semakin mengecil di bahagian atas, dengan rambut yang rata selepas mop lantai.

Muka penjenayah itu pula berbentuk petak seperti karakter permainan Lego.

Polis Northamptonshire di England mengeluarkan imej itu bagi menangkap suspek pencuri yang menggunakan taktik mengetuk pintu rumah wanita dan memberitahu mahu memerika perpaipan kerana masalah kumbahan. - Metro UK

penjenayah, lego

Artikel Lain