suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu baru bersalin alami tekanan, teman lelaki pergi bercuti dengan wanita lain

Sarah bersama bayinya, Joseph.

SEORANG lelaki sanggup meninggalkan kekasihnya bersalin sendirian untuk bercuti dengan wanita lain.

Menurut Sarah Burgess, dia risau apabila Peter O'Neill hilang sewaktu dia melahirkan bayi pertama mereka, Joseph.

Malah, Peter juga tidak membalas mesej dan menjawab panggilan sehingga menyebabkan Sarah menjadi tertekan.

Ibu kepada lelaki berusia 40 tahun itu juga gagal mengetahui kedudukan sebenar anaknya.

Selepas tiga hari Sarah bersalin cahaya mata lelaki, Peter pulang dengan warna kulit yang lebih gelap seperti baru berjemur di bawah matahari.

Peter juga memberi alasan sibuk dengan kerja.

"Selepas hilang beberapa hari sewaktu saya bersalin, dia balik dengan kulit yang gelap sedikit," ujar Sarah.

Sarah turut menemui foto Peter dengan seorang wanita di Facebook.

Setelah menghubungi wanita itu, kecurangannya Peter akhirnya terbongkar.

Namun Peter berkata, dia sudah tidak berhubung dengan wanita itu selepas dia berkenalan dengan Sarah. - Mirror.

Artikel Lain