suria

Kegilaan baharu, cabaran 'selfie' dengan lipas di muka

Cabaran lipas dikatakan bermula oleh Alex Aung dari Myanmar. Foto Facebook Alex Aung

PELBAGAI cabaran Internet yang gila tular sejak kebelakangan ini termasuk yang menggelikan.

Terbaharu adalah Cabaran Lipas di mana seseorang itu meletakkan lipas di muka, mengambil gambar swafoto dan memuat naik foto tersebut di media sosial.

Sukar untuk menentukan bagaimana dan bila Cabaran Lipas bermula, tetapi menurut beberapa sumber, kegilaan itu bermula sejak bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Penumpang rakam video ‘selfie’ jilat mangkuk tandas pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada kelopak mata, tapi gambar swafoto anak patung tunjuk mata tertutup... siap ada maskara!

Cabaran lipas kini tular di media sosial. Foto Facebook Hnin Wai Wai Moe

Semuanya bermula apabila seorang anak muda dari Myanmar bernama Alex Aung memuat naik gambarnya bersama seekor lipas yang besar pada mukanya, di laman sosial Facebook.

Keterangan gambar tersebut menyebut 'Cabaran baharu, bolehkah anda melakukan ini?'.

Foto tersebut kemudian tular sehingga ramai yang mula berkongsi gambar mereka berswafoto bersama serangga perosak itu pada muka. - odditycentral

cabaran, lipas

Artikel Lain