Tak ada kelopak mata, tapi gambar swafoto anak patung tunjuk mata tertutup... siap ada maskara! - Dunia | mStar

Tak ada kelopak mata, tapi gambar swafoto anak patung tunjuk mata tertutup... siap ada maskara!

Anak patung Janet dikatakan berhantu. Foto Craig Jones/Caters News Agency

ANAK patung berusia 116 tahun dikatakan 'berhantu' apabila kelihatan berkedip dalam rakaman swafoto, meskipun ia tidak mempunyai mata atau kelopak mata.

Kejadian aneh itu dikesan oleh dua pemburu aktiviti paranormal di dalam sebuah bangunan usang, di Mansfield, Nottinghamshire di United Kingdom.

Terdapat dakwaan mengatakan kelibat anak patung itu akan membuat mereka yangt lain berasa sakit dan pening, termasuk mendengar bunyi pelik dan tapak kaki.

Pasukan penyiasat paranormal, Craig Jones, 28, dan Matt Wood, 48, tidak percaya patung itu bukan sahaja menunjukkan dirinya dengan mata tertutup, tetapi juga mempunyai pembayang mata dan maskara.

Pemburu entiti itu mengambil gambar Janet, yang pada asalnya dimiliki oleh sebuah keluarga di Texas, Amerika pada 1903.

Dua penyiasat paranormal bersama dengan anak patung Janet dengan matanya tiba-tiba tertutup. Foto Craig Jones/Caters News Agency

Mereka kemudian membawa patung itu untuk disiasat.

"Kami mengambil gambar bersama Janet. Apabila saya melihat gambar itu, matanya kelihat ditutup.

"Tetapi saya ingat yang dia tidak mempunyai mata atau kelopak mata. Yang ada hanyalah lubang kosong yang terletak di bahagian sepatutnya ada mata itu," katanya.

Kemunculan Janet selepas seorang penyiasat paranormal, Miki York dihubungi oleh seorang wanita bernama Julie, yang meminta supaya mengambil anak patung itu daripadanya.

Dia diberitahu bahawa anak patung itu diberikan oleh nenek moyang Julie pada 1903, dan sejak itu ia menghantui ramai orang. - Mirror UK

Janet , paranormal , anak patung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain