suria

Anjing setia menunggu dekat mayat tuan yang maut dilanggar kereta api

Seekor anjing ditemui dekat mayat pemiliknya yang maut dilanggar kereta api. Foto CEN/Twitter

SEEKOR anjing ditemui dekat mayat pemiliknya yang maut dilanggar kereta api.

Mangsa berusia 57 tahun yang dilaporkan sebagai Victor Reyna Vazquez maut selepas mengambil minuman keras dekat landasan kereta api, pada awal pagi.

Pasukan kecemasan yang tiba di tempat kejadian menemui anjing milik mangsa dekat mayatnya.

Menurut beberapa laporan, anjing tersebut terpaksa dipindahkan dari kawasan itu bagi membolehkan pemindahan mayat dibuat.

Dilaporkan haiwan tersebut cuba menggigit anggota polis dan paramedik yang cuba mengangkat mayat tuannya.

Insiden berlaku di landasan kereta api Montemorelos  di Nuevo Leon, Mexico.

Penduduk tempatan mendakwa pemilik anjing itu ketagih minuman keras, dan haiwan itu dibela sejak beberapa tahun. - Mirror UK

anjing

Artikel Lain