suria

Tiada lagi label EU pada pasport UK

(Kiri) Muka depan pasport baharu Britain.

PASPORT baharu United Kingdom (UK) tanpa label Kesatuan Eropah (EU) sudah dikeluarkan meskipun pengunduran negara itu dari blok tersebut (Brexit) ditangguhkan.

Dokumen perjalanan itu yang masih berwarna merah tua buat masa ini diperkenalkan pada 30 Mac lalu, sehari selepas Britain diramalkan meninggalkan EU.

Orang ramai terkejut dengan pasport baharu itu kerana beranggapan UK masih sebahagian daripada blok tersebut.

Untuk menghabiskan stok lama, beberapa pasport termasuk perkataan EU di muka hadapan akan terus dikeluarkan.

Namun mereka yang memohon dokumen perjalanan baharu tidak boleh memilih kedua-dua pasport itu.

Pasport berwarna biru tua dijadualkan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Pengunduran itu dijangka berlaku seawal minggu depan.

Susan Hindle Barone yang mengambil pasport baharunya pada Jumaat berkata dia amat terkejut dengan perubahan itu.

"Saya amat terkejut, kita masih lagi rakan EU. Mereka membuat perubahan itu ketika kita belum berundur dari blok tersebut.

"Apa yang kita perolehi dengan berundur? Sudah tentu kita bakal berdepan banyak kehilangan," katanya di Twitter.

Britain dijangka meninggalkan EU, kemungkinan seawal minggu depan, namun undang-undang membolehkan pelancong Britain melakukan kunjungan 90 hari ke zon bebas pasport Schengen.

Kawasan Schengen terdiri daripada 26 negara Eropah yang secara rasmi menghapuskan semua pasport dan jenis kawalan lain di sempadan bersama mereka. - Metro.co.uk

Brexit, Britain, Kesatuan Eropah, Brexit

Artikel Lain