suria

Skrin kokpit tiba-tiba kosong, pesawat terpaksa mendarat cemas

Skrin pada kokpit pesawat tiba-tiba kosong semasa di udara.

SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas skrin kokpit tiba-tiba kosong semasa di udara.

Video situasi panik itu dimuatnaik pengguna Twitter, Rodney Giles yang memaklumkan ibu bapa berada di dalam pesawat United Airlines yang berlepas dari Knoxville, Tennessee menuju ke Houston, Texas pada Khamis lalu.

Namun pesawat itu terpaksa mendarat cemas di Dallas.

Seorang juruterbang didengar membuat pengumuman menerusi pembesar suara kabin berkata skrin kokpit tiba-tiba hilang dan situasi itu akan menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendarat dengan segera.

Penumpang panik selepas mendengar pengumuman daripada juruterbang mengenai masalah yang sedang dihadapi pesawat itu.

"Anda mungkin dapat melihat kita kehilangan dua skrin pesawat. Sekarang jika terus terbang, kita akan hilang semuanya.

"Jadi ini sebabnya kita terpaksa mendarat di Dallas. Ini bermaksud pesawat ini tidak akan terbang ke mana-mana malam ini," kata jururterbang itu.

Menurut wakil syarikat penerbangan itu, pesawat tersebut mendarat dengan selamat dan segala kemudahan sudah diatur untuk penumpangnya.

"Penerbangan terpaksa ditunda dan kami berusaha untuk membawa penumpang ke destinasi yang ditujui secepat mungkin," katanya kepada Business Insider. - Metro.co.uk

pesawat, mendarat cemas, skrin kokpit

Artikel Sebelum

Artikel Lain