Pesawat terbakar: Pramugari tarik kolar penumpang, tolak ke landasan demi percepatkan proses evakuasi - Dunia | mStar

Pesawat terbakar: Pramugari tarik kolar penumpang, tolak ke landasan demi percepatkan proses evakuasi

Kasatkini terpaksa menarik kolar dan menolak penumpang ke landasan untuk mempercepatkan proses evakuasi.

SEORANG pramugari menceritakan detik cemas dia terpaksa menolak penumpang keluar daripada pesawat Aeroflot yang terbakar di Rusia sebelum ia meletup.

Tatyana Kasatkina, 34, menarik kolar baju penumpang dan menolak mereka ke landasan dalam usaha untuk mempercepatkan proses evakuasi.

Dia mendedahkan ramai penumpang cuba menyelamatkan diri tetapi dihalang disebabkan tindakan segelintir penumpang yang mahu mengambil bagasi mereka.

Pesawat itu yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shremetyevo, Moscow menuju bandar Arctic Cirle, Murmansk terpaksa melakukan pendaratan kecemasan pada Ahad.

Lebih 40 penumpang maut termasuk dua kanak-kanak dan anak kapal.

Kapten Denis Evdokimov dan Kasatkina mendakwa kebakaran itu berlaku apabila petir menyambar pesawat tersebut.

Namun laporan lain mendakwa pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Dua kanak-kanak antara yang maut dalam insiden itu.

Kasatkina berkata dia terdengar bunyi jeritan api dan bertindak menendang pintu kecemasan.

"Ia berlaku dengan pantas. Asap sudah hitam. Penumpang terakhir merangkak untuk keluar dari pesawat.

"Semua bertindak bergerak ke bahagian hadapan meskipun pesawat masih bergerak pada kelajuan yang baik.

"Saya melihat seorang wanita menelefon seseorang dan berkata:"Pesawat kami terbakar, kami akan terhempas."

Kasatkina memberitahu dia terlihat kilat sebelum dimaklumkan penerbangan itu akan membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Evdokimov berkata kebakaran bermula selepas mendarat dan pesawat itu tidak terbakar semasa di udara. - Metro.co.uk

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain