suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin kencang terbangkan 20 khemah di Gunung Everest, helikopter tak dibenar terbang

Kerajaan Nepal mengarahkan agensi pelancongan dan pihak terlibat agar memastikan keselamatan pelancong di kawasan itu terjamin.

KERAJAAN Nepal mengeluarkan amaran selepas angin kencang saiklon Fani membadai negara itu.

Di Gunung Everest misalnya, lebih 20 khemah pendaki diterbangkan angin.

Malah, kerajaan negara itu memohon semua agensi pelancongan dan pihak terlibat agar memastikan keselamatan pelancong di kawasan itu terjamin.

"Kami menerima laporan beberapa khemah rosak teruk akibat angin kencang.

"Namun semua pendaki dan pelancong selamat," ujar Mira Acharya, pengarah Hotel dan Pergunungan negara itu.

Selain itu, Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan Nepal turut mengarahkan agar perkhidmatan helikopter dihentikan buat seketika bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - India Today.

saiklon fani, Everets

Artikel Lain