suria

Lelaki Taiwan tertelan Airpod ketika tidur, keluar semula esoknya selepas buang air besar

Ben Hsu membuat imbasan X-Ray di hospital sebelum disahkan gajet kecil itu berada di dalam perutnya.

SOERANG lelaki dari Taiwan tertelan fon telinga tanpa wayar Airpod keluaran Apple sewaktu sedang tidur, baru-baru ini.

Selepas membuat carian menggunakan aplikasi Find My Airpod, Ben Hsu mengesyaki gajet kecil itu berada di dalam perutnya.

Tidak mengalami sebarang kesakitan, dia bagaimanapun pergi ke sebuah hospital berdekatan untuk menjalani imbasan X-Ray.

Doktor mengesahkan gajet kecil itu berada di dalam perutnya dan ia keluar setelah dia membuang air besar keesokan harinya

Menurut Ben Hsu, Airpod itu masih lagi berfungsi walaupun ia sudah masuk ke dalam perutnya.

Biarpun Apple tidak pernah mengumumkan produk itu sebagai kalis air, kejadian itu menjadi bukti bahawa ia kukuh dan masih lagi boleh berfungsi.- India Today.

Ben Hsu, Airpod

Artikel Lain