suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu tunggal tergamak benarkan teman lelaki 'online' cabul dua anak kecil

Perbicaraan kes ini masih lagi sedang berlangsung di sebuah mahkamah di Dresden, Jerman.

TAK terfikir dek akal namun siapa sangka seorang ibu sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri.

Seorang wanita tergamak membenarkan lelaki yang ditemui dalam aplikasi cari jodoh merogol dua anaknya.

Lebih memilukan, anaknya yang menjadi mangsa perbuatan durjana itu baru berusia setahun dan empat tahun.

Kes pedofilia itu kini sedang dibicarakan di sebuah mahkamah di Dresden, Jerman.

Dikenali sebagai Daniel P, suspek mula berkenalan dengan ibu mangsa yang juga seorang janda menerusi sebuah aplikasi cari jodoh.

Lebih memeranjatkan, ibu mangsa dikatakan tergamak meninggalkan anaknya sewaktu mereka menjadi mangsa nafsu lelaki itu.

Menurut laporan media tempatan, Daniel sudah mengakui atas segala pendakwaan yang dibacakan ke atasnya.

Namun, dia kini masih bebas selepas membuat rayuan bagi kes berkenaan.

Perbicaraan kini masih lagi sedang berlangsung. - Daily Star.

Daniel P, pedofilia

Artikel Lain