suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perdana Menteri New Zealand bertunang

Ardern bersama pasangannya, Clarke Gayford.

PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Clarke Gayford, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Pasangan itu, yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan, mengikat tali pertunangan pada Hari Easter, lapor NZ Herald memetik kenyataan jurucakap Ardern.

Setiausaha akhbar Ardern berkata beliau telah memakai sebentuk cincin sejak Hari Easter namun ia disarung pada jari tengah dan bukan jari manis.- Bernama

Artikel Lain