suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meghan sudah bersalin?

Belum ada pengumuman rasmi mengenai berita kelahiran anak pasangan ini.

KENSINGTON Palace memberi bayangan bahawa Meghan Markle sudah selamat bersalin.

Satu nota yang dikeluarkan pihak istana pada Khamis memaklumkan Duke of Sussex akan melakukan lawatan rasmi ke Belanda minggu depan.

Ia dianggap sebagai satu petunjuk bahawa pasangan diraja itu sudah menyambut bayi sulung mereka.

Putera Harry didakwa sedang mengambil cuti paterniti kerana Meghan dipercayai sudah bersalin pada Ahad atau Isnin lalu.

Menurut Kensington Palace,"Duke of Sussex akan berlepas ke Amsterdam, Belanda untuk merasmikan pengiraan detik pelancaran 'Sukan Invictus The Hague 2020".

Spekulasi Meghan telah selamat bersalin dikuatkan lagi kunjungan Ratu Elizabeth ke kediaman mereka di Frogmore Cottage pada Khamis.

Namun belum ada pengumuman rasmi mengenai kelahiran 'baby Sussex' itu.

Difahamkan kunjungan Ratu Elizabeth adalah sempena sambutan Easter di rumah baharu pasangan itu. - Metro.co.uk

Artikel Lain