suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut tragedi permainan taman tema 'luncur terpanjang di dunia'

Pasukan penyelamat di lokasi kejadian di sebuah taman tema. Foto AsiaWire

DUA maut dan 12 lagi cedera dalam kemalangan mengerikan membabitkan permainan di sebuah taman tema yang dikatakan sebagai 'luncur terpanjang di dunia'.

Tragedi itu berlaku apabila 14 pelancong, termasuk enam kanak-kanak, duduk dalam bulatan getah mereka sendiri, menuruni luncur pada ketinggian 235 meter sebelum dilaporkan merempuh antara satu sama lain dan terjatuh.

Siasatan kini dijalankan mengenai punca kemalangan yang berlaku di taman hiburan kanak-kanak di Chengdu, di wilayah Sichuan, China.

Menurut kenyataan rasmi oleh pejabat daerah tempatan, lapan orang dewasa dan enam kanak-kanak terjatuh dari luncur keluli tahan karat pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan Rabu lalu. 

Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dua orang dewasa disahkan maut. - Mirror UK



taman tema

Artikel Lain