suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigih mekap atas katil di wad, kaum ibu mahu nampak cantik semasa bersalin

Personaliti media sosial dapat merasai tekanan yang dihadapi kebanyakan wanita yang mahu melahirkan anak. Foto Briannaoden/Instagram

SEGELINTIR kaum ibu begitu gembira mengenai kelahiran anak mereka sehinga berlumba-lumba untuk mengumumkannya di media sosial.

Mereka mengambil serius mengenai gambar-gambar detik kelahiran bersama anak mereka.

Ada yang sanggup bergaya untuk penggambaran pengumuman bayi yang baru lahir di Instagram.

Malah, antara mereka menyolek muka mereka semasa menunggu detik untuk melahirkan anak.

Di Britain sahaja, kira-kira 68 peratus wanita di negara itu merasakan keperluan untuk bersolek pada hari mereka bersalin.

Wanita berusia antara 18 dan 31 pula melakukan rawatan kecantikan seperti menghitamkan kulit, mencabut bulu dan mengeringkan rambut.

Mereka nampaknya mahu kelihatan sempurna dirakamkan gambar selepas melahirkan anak, sehingga memberikan impak besar kepada seorang ibu di media sosial. - Mirror UK


ibu, bersalin, mekap

Artikel Lain