Berhenti kerja, balik kampung kemudian bercuti ke Bali selepas menang loteri lebih RM300,000 - Dunia | mStar

Berhenti kerja, balik kampung kemudian bercuti ke Bali selepas menang loteri lebih RM300,000

Elisio hanya membelanjakan sekitar RM14.50 sebelum memenangi loteri sebanyak RM312,962.

SEORANG pekerja kilang ayam pulang ke kampung halamannya buat pertama kali dalam tempoh lima tahun selepas menang loteri sebanyak 58,000 pound sterling (RM312,962).

Sehari selepas memenangi sejumlah wang besar itu, Elisio Ximenes berhenti kerja di kilang makanan Two Sisters di Scunthorpe dan menempah percutian mewah bersama isteri dan keluarganya di Bali.

Dia juga merancang untuk membuka restoran di kampung halamannya yang terletak kira-kira 8,500 batu dari Timor Timur.

Bapa kepada dua anak itu bernasib baik selepas memilih nombor berdasarkan kad identitinya di tempat kerja, lapor Grimsby Live.

"Untuk lima tahun setiap minggu saya membelanjakan 1 pound sterling, sentiasa menukar nombor kemudian saya fikir kenapa tidak guna nombor identiti di tempat kerja saya.

"Saya berpindah ke Timor Timur lima tahun lalu dan tidak pernah melihat isteri, Jovita dan anak-anak yang kini berusia 13 dan tujuh tahun.

"Apabila saya menghubungi isteri dan memberitahu segalanya berubah hanya kerana 2.70 pound sterling, isteri juga seperti saya terkejut dan bersyukur dengan rezeki itu.

"Isteri pandai memasak makanan tradisional dan kini kami boleh membuka restoran di negara saya. Namun pertama sekali semua keluarga saya akan pergi bercuti ke Bali," katanya. - Mirror.co.uk

menang , loteri , Bali , kilang ayam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M