suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dakwa sudah berkahwin dengan dirinya sendiri, anjur majlis dengan kos RM21,573

Melissa Denton membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

SEORANG wanita membuat dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dengan dirinya sendiri.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Menerusi rancangan itu, Melissa Denton, 42, menghadiri satu temu janji dengan seorang lelaki.

Dia bagaimanapun membuat pengakuan mengejutkan mengenai perkara itu.

Kata Denton lagi, dia menganggap temu janji itu sebagai satu kecurangan kepada dirinya sendiri.

Tambahnya, dia mengahwini diri sendiri dalam majlis yang berlangsung pada tahun lalu.

Dakwanya, majlis itu menelan belanja sekitar £4,000 (RM21,573).

Ujarnya, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri setelah ditinggalkan bekas teman lelakinya. - Daily Star.

Melissa Denton, Kahwin

Artikel Lain