suria

Tergamak bunuh anak sendiri, bau busuk mayat dari kereta dedah perbuatan kejam bapa

Jones didakwa membunuh anaknya (dari kiri ikut pusingan jam) Merah, 8, Elias, 7, Nahtahn, 6, dan Gabriel, 2.

SEORANG bapa tergamak membunuh lima anaknya kemudian memandu kereta dipenuhi kesemua mayat anaknya yang dipenuhi ulat selama seminggu untuk dilupuskan.

Timothy Jones Jr, 37, dilaporkan mencekik empat anaknya, Merah, 8, Elias, 7, Nahtahn, 6, Gabriel, 2, dan Elaine, 1, manakala memukul anak kelimanya hingga mati.

Jones didakwa menyimpan mayat kesemua anaknya di dalam beg plastik selepas insiden pembunuhan pada Ogos 2014.

Dia kemudian meninggalkan kediamannya di Lexington, Selatan Carolina dan memandu sejauh 700 batu merentasi Utara Carolina, Georgia, Alabama dan Mississippi.

Sebelum ditahan di Mississippi, Jones dilaporkan menghentikan kenderaannya untuk menanam kesemua mayat tersebut di kawasan bukit terpencil dekat Camden, Alabama.

Elaine turut dipukul sehingga mati.

Polis menahan Jones selepas terhidu bau pelik dari dalam keretanya dan menjumpai ulat dan baju kanak-kanak.

Dia didakwa atas pertuduhan bunuh yang boleh membawa hukuman mati jika didapati bersalah.

Peguam Jones berkata dia merancang untuk memfailkan pembelaan.

Bekas isterinya Amber Jones mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana bapa mereka berada di bawah pengaruh dadah.

Bekas jurutera komputer itu diberikan hak penjagaan anaknya selepas bercerai dengan isterinya.

Jones didakwa berdepan kesulitan untuk membesarkan kesemua anaknya. - Metro.co.uk

cekik, bunuh, ulat, Timothy Jones Jr

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19